Hasil Kajian
Institusi Pentadbiran Tempatan
Nama rasmi institusi pentadbiran tempatan yang saya kaji ialah Majlis Bandaraya Ipoh. Nama singkatannya digelar sebagai MBI. Majlis Bandaraya Ipoh atau MBI terletak di Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, Ipoh, Perak. Antara objektif Majlis Bandaraya Ipoh ialah menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan seimbang serta meninggikan taraf hidup bagi semua penduduk dalam kawasan Majlis dengan cara menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas mencapai mutu kehidupan yang lebih selesa dan meningkatkan taraf hidup penduduk dalam kawasan Majlis, memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan perancanganpembangunan dalam semua bidang, menggalakan dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah awam serta mengindahkan Bandaraya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak di samping menggalakan industri dan pentadbiran, menggalakan pertumbuhan industri dan perdagangan dan berusaha mencapai objektif dan aspirasi kerajaan termasuk melaksanakan dasar Pembangunan Nasional.
Misi Majlis Bandaraya Ipoh ialah "Membina Bandaraya Yang Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi, Sosio Budaya Dan Pembangunan Modal Insan " dan visinya ialah "Ipoh Bandaraya Sejahtera, Dinamik Dan Maju". Carta organisasi Majlis Bandaraya Ipoh terdiri daripada jawatan “Datuk Bandar (Dato Hj Roshidi Hj. Hashim)” yang dibantui oleh “Setiausaha Bandaraya (Dato’ Abdul Rahim Mohd Ariff)”, “Pejabat Audit Dalam(Tn. H.J Ahmad Kamil Yang Ghazali)”, “Pejabat Undang-Undang (En. Shahrul Azrin)”, “Pejabat Korporat (Tn. Hj. Musa Dun)”, “Unit OSC (En. Wong Kam Lee)” dan “Unit COB (En. Abdul Manaf Abu Bakar).” Setiausaha Bandaraya pula dibantui oleh Timbalan Setiausaha Operasi (Hj. Ir. Badrul Hisham Kamaruddin), Timbalan Setiausaha Teknikal (Tn. Hj. Azizuddin Hj. Alias) dan Timbalan Setiausaha Pengurusan (Pn. Hajah Saidatul Akma Jamaludin). Jabatan Kesihatan ( En. Mohd Alias Kamaruddin), Jabatan Hal Ehwal Komuniti (En. Zulkifle Jaafar Sidek) dan Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasa (En. Abdul Halim Saad) pula ditugaskan bawah Timbalan Setiausaha Operasi (Hj. Ir. Badrul Hisham Kamaruddin). Jabatan Perancangan (En. Zulqarnain Mohamad), Jabatan Kejuruteraan (Pn. Zuraina Kamarul Arif) dan Jabatan Bangunan (En. Mohamad Azman Mat Ariff) ditugaskan bawah Timbalan Setiausaha Teknikal (Tn. Hj. Azizuddin Hj. Alias) manakala Jabatan Lanskap dan Rekreasi (En. Meor Abdullah Zaidi Meor Razali), Jabatan Kewangan (En. Mohd Syazlan Mohd Isa Suffian) dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (En. Ahmad Suhaim Manap) ditugaskan bawah Timbalan Setiausaha Pengurusan (Pn. Hajah Saidatul Akma Jamaludin).
Latar Belakang
Perkembangan pentadbiran Ipoh berkait rapat dengan keluasan kawasan pentadbiran Ipoh. Ini jelas terbukti dari detik-detik sejarah yang akhirnya menaikkan taraf Ipoh sebagai Bandaraya dan Ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah sekitarnya. Nama 'Ipoh' dipercayai berasal dari pokok 'Upas'. orang putih menyebutnya 'Epu' manakala orang Cina pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh'.
Sehingga tahun 1980-an, Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara Ipoh dengn kawasan-kawasan lain dalam atau luar negeri Perak. Selepas tahun 1874, perkembangan daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai
Kinta. Kenderaan seperti sampan, gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama. Dalam tahun 1884, jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di Kota Bharu dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu Gajah
Sehingga tahun 1889, hospital telah mula dibina di Ipoh dan hospital baru pula dibina di antara kawasan stesen keretapi dan Balai Polis Pusat. Manakala tahun 1889-1890. Dalam tahun 1893, lebih separuh rumah-rumah atap telah di robohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan jenis batu, begitu juga longkang dan parit telah diperbaharui. Jalan-jalan disusun semula dan pokok-pokok untuk berteduh ditanam. Dalam tahun ini juga, 'Ipoh Sanitay Board' telah diwujudkan dan ia bertanggungjawab tentang kebersihan Ipoh. Dalam bidang pelajaran, Sekola Menengah Rendah Inggeris yang pertama di daerah Kinta telah dibina dalam tahun 1895 dan dikenali sebagai Anglo Chinese Boys,Ipoh.
Ipoh telah menjadi bandar yang terbesar di negeri Perak dan kedua besarnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895. Pada masa itu juga perhubungan jalanraya antara Ipoh dengan tempat-tempat lain di lembah kinta diperbaiki. Jambatan kayu menyeberangi sungai kinta diganti dengan jambatan besi pada tahun 1900.
Perkhidmatan dan kemudahan awam disediakan.Pembekalan bahagian sistem pembentungan ditubuhkan pada tahun 1898 dan diperkenalkan penggunaan tangki najis pada tahun 1905. Kawasan lapang pertama telah diadakan pada tahun 1898 yang kini dikenali sebagai 'Padang Ipoh'. Padang kelab Luba Perak dibina pada tahun 1904, 'Peoples Park dan kawasan memperingati J.W.W Birch ( James Ewheeler Woodford Birch) telah dibina pada tahun 1909.
Di antara tahun 1905-1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh berkembang hingga menyeberangi sungai kinta dan di sini wujudnya pekan baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran (town hall), dan pejabat pos juga dibina. Begitu juga panggung wayang dan kenderaan bermotor telah mula mengambil tempat di Ipoh.
Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911. Pejabat pendaftar kereta motor telah ditubuhkan di Ipoh. Pada tahun 1905-1915, 'Kinta Saitary Board North' telah diwujudkan dan tahun 1916-1941 'Kinta District Board' yang diwujudkan diketuai oleh A.S Jelf di bawah pentadbiran 'British Military Administration' mengambil tempat.
Manakala dalam tahun 1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula di bawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun 1957-1962 diketuai oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan dikenali sebagai 'Majlis Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker.
Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar. Datuk Bandar yang pertama ialah Dato’ Hj. Umar Bin Hj. Abu yang berkhidmat dari 27/05/1988 hingga 31/05/1993.
Sebagai Ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kebudayaan, kewangan, politik,keagamaan dan juga pendidikan. Kini dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandar yang dinamik dan unggul.
Undang-undang kecil pula dibuat dengan tujuan untuk mengatasi pelbagai masalah seperti Undang-undang Kecil mengenali mengkompaun kesalahan, iklan, tempat letak kereta, bayaran pelan, taman dan lain-lain. Undang-undang Kecil ini dapat menentukan perihal dan peraturan atau tatacara sesuatu aktiviti itu ditadbirkan dengan cemerlang. Adalah menjadi tugas ahli majlis untuk mengadakan Undang-undang Kecil ini supaya dapat dijadikan asas dan panduan oleh pihak pengurusan untuk bertindak dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Ahli majlis memainkan peranan penghubung di dalam hubungan antara kerajaan dengan rakyat melalui bentuk kerajaan ketiga iaitu Kerajaan Tempatan. Ahli majlis menjadi rujukan dan penyebar kepada dasar dan matlamat kerajaan, pengubahan dasar dan undang-undang yang bersesuaian untuk kepentingan dan kesejahteraan awam. Antara peranan dan tanggunjawab yang sepatutnya dilaksanakan ahli majlis adalah sebagai penyampai dan jurucakap Pihak Berkuasa Tempatan.
Penglibatan mereka adalah untuk mewakili kepentingan-kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat. Mereka dianggap sebagai alat untuk menyampaikan kehendak orang ramai atau mendapat maklumbalas dari orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PBT dan yang bukan berasaskan perkhidmatan. Mereka juga bertindak selaku jurucakap dan jentera penerangan kepada PBT. Apabila sesuatu dasar atau tindakan yang melibatkan orang ramai hendak diambil adalah menjadi tanggunjawab ahli majlis memberi kefahaman dan penjelasan. Ini mungkin termasuk penjelasan mengenai pengutipan cukai, kesedaran menggunakan segala kemudahan sosial yang disediakan, sebab-sebab sesuatu perkhidmatan tidak dapat disediakan dengan lebih memuaskan dan lain-lain.
Biasanya dasar yang dibuat oleh PBT mestilah dikaitkan dengan kehendak dan maklumat dasar negara seluruhnya. Memandangkan dasar merangkumi aspek-aspek yang luas maka ianya memerukan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang hendak dijadikan dasar. Tujuannya bagi menjamin dasar yang dibentuk oleh PBT tidak banyak menimbulkan sungutan di kalangann orang ramai dan juga pihak kerajaan. Untuk mencapai tujuan ini, ahli majlis hendaklah tahu dasar kerajaan supaya dasar PBT tidak bercanggah dangan dasar kerajaan pusat dan negeri.
Ahli majlis hendaklah menentukan bahawa pengurusan pentadbiran berjalan mengikut prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh PBT dan kerajaan. Ini termasuk membahas dan meluluskan anggaran belanjawan, mengambil kakitangan baru atau penambahan jawatan baru selaras dengan dasar Kerajaan, kekesanan projek, perlanjutan atau penangguhan sesuatu projek yang didapati tidak sesuai dan peruntukan dibelanjakan mengikut keutamaan.
Ahli majlis juga dilantik menduduki mana-mana jawatankuasa bersama dengan lain-lain anggota yang dilantik. Ia melibatakan kerja-kerja perancangan dan polisi di peringkat awal. Keputusan-keputusan yang dicapai perlu dibawa kepada mesyuarat majlis Penuh untuk diterima atau ditolak sebelum sebarang perakuan dilaksanakan oleh pihak pengurusan. Ahli majlis perlu memainkan peranan sebagai “pemeriksa” terhadap kuasa dan budi bicara Yang Di Pertua (YDP), pengawai dan kakitangan PBT dalam menjalankan tugas. Ianya penting untuk memastikan sistem yang ada tidak akan memberi ruang kepada perlakuan kepada slaah guna kuasa dan terdedah kepada rasuah, semasa membuat keputusan. Tujuannya memastikan etika perkhidmatan awam dapat dibudayakan secara berterusan. Ini disebabkan banyak perkara yang berlaku di dalam pengurusan PBT yang menimbulkan keraguan oleh rakyat dan secara umumnya tempias tiada ketelusan dan rasuah mengakibatkan imej ahli majlis terbabit sama.
Penglibatan secara tidak langsung iaitu melalui pergaulan seharian untuk menerangkan kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah yang dihadapi, polisi-polisi dan sebagainya untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai, adalah amat penting di dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab ahli majlis yang berwibawa. Ahli majlis tidak berupaya bertindak secara peribadi dan sendirian di atas satu-satu hal yang menjadi dasar atau polisi kepada sesuatu PBT melainkan melalui keputusan sesuatu mesyuarat. Jika ini berlaku, ia akan mengakibatkan kemarahan rakyat seperti yang berlaku di Selangor baru-baru. Integriti yang tinggi perlu disemat sepanjang masa memegang jawatan ahli majlis.
Setiap ahli majlis perlu memahami peranan dan tanggujawab melalui pmahaman dan mendaulatkan perundangan. Kehendak perundangan mestilah dipatuhi untuk menjadi contoh kepada rakyat. Antara perundangan tersebut ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Perancang Bandar dan Desa, dan Undang-Undang Kecil PBT. Mungkin pihak pentadbiran PBT dapat membekalkan kepada ahli majlis naskah perundangan tersebut sebagai panduan dan pedoman sepanjang menjalankan tugas. Ini penting bagi memastikan ahli majlis bernilai dan dipandang mulia oleh pembayar cukai.
Ahli majlis juga wajib mengetahui mengenai objektif penubuhan PBT serta keutamaan-keutamaan yang diperlihatkan. Ini adalah untuk menentukan bahawa tindakan ahli majlis adalah bersesuaian dan selari dengan semangat onjektif dan matlamat yang sedia ada. Ahli majlis juga diwajibkan mengetahui objektif, matlamat dan dasar-dasar kerajaan Pusat seperti Rancangan Malaysia Ke-9. Ini adalah penting untuk menentukan bahawa dalam sebarang tindakan yang dilakukan, kepentingan dasar negara perlu diutamakan.
Ahli majlis pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantik dari antara orang-orang yang bilangan terbesar daripada mereka hendaklah orang-orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan atau yang telah mempeolehi kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan-kepentingan kaum-kaum mereka dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu.
Antara cara perlantikannya ialah, tempoh jawatan bagi setiap seorang ahli majlis tidak boleh lebih daripada tiga tahun, kerusi seseorang ahli majlis hendaklah menjadi kosong jika sekiranya perletakan jawatannya diterima, jika dia hilang kelayakan di bawah subseksyen 34 (7) atau jika perlantikannya dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Apabila kerusi seseorang ahli majlis menjadi kosong, Datuk bandar atau Yang Dipertua hendaklah memberitahu Pihak Berkuasa Negeri dengan segera. Seseorang ahli majlis adalah layak dilantik semula apabila tamat tempoh jawatannya.
Jika Datuk Bandar atau Yang Dipertua tidak bersetuju dengan Ahli-ahli majlis yang lain-lain itu tentang penjalan mana-mana daripada kuasa-kuasanya atau kuasa-kuasa pihak berkuasa tempatan itu, dia hendaklah merujukkan perkara itu kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu dan keputusan Menteri Besar atau Ketua Menteri itu atas perkara itu adalah muktamad dan berkuat kuasa ke atas pihak berkuasa tempatan itu. Datuk Bandar atau Yang Dipertua boleh membenarkan ahli-ahli majlis tidak menghadiri mesyuarat selama tempoh dan atas apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Peranan
Majlis Bandaraya Ipoh juga telah banyak memainkan peranan dalam aspek ekonomi Ipoh melalui penyediaan ruang perniagaan khususnya untuk perniagaan kecil yang akan dilaksanakan. Dengan ini, para perniaga kecil dapat membuka perniagaan mereka dengan lebih mudah dan cepat. Ini dapat meningkatkan ekonomi bandaraya Ipoh oleh kerana perkembangan perniagaan di kawasan setempat tersebut. Proses perlulusan lesen perniagaan yang cepat juga dapat membantu aspek ekonomi bandaraya Ipoh. Perlulusan lesen yang cepat akan menggalakan lagi para perniaga untuk memulakan perniagaan diri serta dapat memulakan perniagaan mereka dengan lebih cepat. Dengan itu, secara tidak langsung, ekonomi bandaraya Ipoh juga akan meningkat. Selain daripada itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh juga telah menjalankan program seperti “ Program Bandar Raya Persahabatan Ipoh-Medan”. Dalam program ini Majlis Bandaraya Ipoh telah menjalinkan hubungan Bandar Raya Persahabatan dengan Kota Medan pada 28 Ogos 2009. Pengwujudan hubungan Bandar Raya Persahabatan ini dibuat berdasarkan kesaksamaan dan kepentingan bersama dengan tujuan untuk memperkukuhkan dan memajukan perkongsian serta kerjasama antara dua Bandar Raya bagi mempromosikan kesefahaman dan persahabatan antara rakyat Malaysia dan Indonesia dan juga negara China. Hubungan persahabatan ini menjalankan kerjasama dalam bidang ekonomi.
Majlis Bandaraya Ipoh memainkan peranan yang penting dalam aspek pelancongan. Majlis Bandaraya Ipoh telah berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti tempat perlancongan atau rekreasi yang terdapat di bandaraya Ipoh. Antara rekreasi yang terdapat di Ipoh ialah Taman Jepun, Taman Rekreasi Gunung Lang, dan sebagai-bagainya. Taman Jepun memberikan perasaan yang mendamaikan seolah-olah berada di negara Jepun itu sendiri manakala Taman Rekreasi Gunung Lang pula mempunyai pemandangan semula jadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Pernyataan tentang tempat rekreasi tersebut menunjukkan perubahan yang telah banyak berlaku dengan bantuan Majlis Bandaraya Ipoh. Ini telah menarik ramai perhatian tempatan terutamanya pelancong-pelancong daripada luar negara. Usaha Majlis Bandaraya Ipoh dalam aspek ini dapat dilihat daripada segi fizikal sesuatu tempat rekreasi dan tempat pelancongan. Walaupun bandaraya Ipoh merupakan bandar yang kecil tetapi dengan kepelbagaian tempat pelancongan dan rekreasi yang terdapat di sini, bandaraya Ipoh telah menjadi bandar yang terkenal dalam aspek pelancongan.
Majlis Bandaraya Ipoh juga memainkan peranan yang banyak dalam aspek kebajikan bandaraya Ipoh. Majlis Bandaraya Ipoh telah banyak menyediakkan infrastruktur bandar Ipoh dengan menyediakkan pengangkutan awam yang baru untuk warga bandaraya Ipoh. Majlis Bandaraya juga telah berkali-kali membaik pulih semula kemudahan-kemudahan awam seperti telefon awam yang telah rosak. Tiada Majlis Bandaraya Ipoh, kami akan mengalami kesusahan dalam keadaan-keadaan yang ketara kerana ketiadaan kemudahan yang diperlukan. Penyediaan infrastruktur yang cekap oleh Majlis Bandaraya Ipoh telah memudahkan lagi para rakyat di bandaraya Ipoh. Pembinaan jalan alternatif dan membaik pulih jalan raya juga merupakan tugas Majlis Bandaraya Ipoh. Memastikan jalan raya dan lampu isyarat dalam keadaan yang baik adalah tanggungjawab mereka. Kemudahan pusat kesihatan turut dibekalkan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh. Dengan ini, kesihatan rakyat di bandaraya Ipoh akan lebih terjamin dan selamat. Kini, aspek kebajikan di bandaraya Ipoh telah meningkat dari segi kuantiti dan kualiti.
Malaysia merupakan tempat yang berbilang kaum. Majlis Bandaraya Ipoh juga penting dalam memainkan peranan dalam aspek keagamaan. Tempat ibadat yang bervariasi di Ipoh menunjukkan Majlis Bandaraya Ipoh banyak menyumbang dalam segi pembinaan tempat beribadat. Antara tempat beribadat yang terdapat di bandaraya Ipoh adalah Masjid Negeri Sultan Idris Shah, Masjid India, Masjid Muhibbudin Shah, Gereja St.John, St Andrew Presbyterian, Gereja St.John The Divine, Sam Poh Tong, Kek Lok Tong Temple, Kuil Devi Sri Nagammal, Kuil Kallumalai Arul Migu Subramaniar Koli dan Kuil Mekprasit. Bilangan tempat di bandaraya Ipoh adalah banyak. Ini memudahkan rakyat yang berbilang kaum di Ipoh melawati atau bersembahyang di tempat beribadat tersebut. Kebanyakan tempat beribadat di Ipoh terletak di bandar. Oleh itu, para penduduk bandaraya Ipoh tiada menghadapi masalah untuk mengunjungi tempat-tempat beribadat tersebut. Bukan sahaja tempat beribadat di bandaraya Ipoh menjadi tempat untuk bersembahyang, malah perayaan besar juga dijalankan dalam tempat-tempat beribadat. Bilangan tempat ibadat yang besar menunjukkan betapa besar peranan Majlis Bandaraya Ipoh dalam keagamaan.
Perkembangan
Majlis Bandaraya Ipoh merupakan institusi pentadbiran yang istimewa. Majlis Bandaraya Ipoh istimewa kerana jenis perkhidmatan yang disumbangkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh alah bervariasi. Antara keistimewaan Majlis Bandaraya Ipoh adalah, ia memberikan perkhidmatan secara langsung kepada para pelanggan dan juga perkhidmatan secara internet. Para pelanggan akan dapat menerima layanan secara langsung yang berkualiti daripada para pekerja di bangunan Majlis Bandaraya Ipoh. Perkhidmatan secara langsung ini bergerak secara sistematik. Terdapat pelbagai jenis jabatan yang terdapat di Majlis Bandaraya Ipoh. Antaranya ialah Jabatan Bangunan, Jabatan Hal Ehwal Komuniti, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kewangan, Jabatan Landskap Dan Rekreasi, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta,
Jabatan Pentadbiran Dan Pembangunan Organisasi, Jabatan Perancang Pejabat Audit, Pejabat Perhubungan Awam, Pejabat Undang-Undang, Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan. Dengan itu, segala urusan dapat diuruskan dengan lebih cepat dan teliti. Perkhidmatan Internet oleh Majlis Bandaraya Ipoh pula membekalkan perkhidmatan seperti E-Perkhidmatan dan E-Komuniti. E-Perkhidmatan memberikan perkhidmatan seperti e-Aduan, MBI GIS, Tender dan Sebutharga, e-Borang, Semakan OSC, My ID, My Bayar dan MySMS. Contohnya, perkhidmatan e-Aduan merupakan perkhidmatan yang membolehkan para pelanggan untuk membuat aduan melalui Internet manakala e-Borang pula pelanggan dapat memuat turun borang daripada portal web Majlis Bandraya Ipoh. E-Komuniti pula memberikan perkhidmatan tentang maklumat perpustakaan, dewan orang ramai, dewan bandaran, rumah pangsa, tempat letak kereta, sukan dan rekreasi, kaunter-kaunter melalui Internet.
Jabatan Pentadbiran Dan Pembangunan Organisasi, Jabatan Perancang Pejabat Audit, Pejabat Perhubungan Awam, Pejabat Undang-Undang, Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan. Dengan itu, segala urusan dapat diuruskan dengan lebih cepat dan teliti. Perkhidmatan Internet oleh Majlis Bandaraya Ipoh pula membekalkan perkhidmatan seperti E-Perkhidmatan dan E-Komuniti. E-Perkhidmatan memberikan perkhidmatan seperti e-Aduan, MBI GIS, Tender dan Sebutharga, e-Borang, Semakan OSC, My ID, My Bayar dan MySMS. Contohnya, perkhidmatan e-Aduan merupakan perkhidmatan yang membolehkan para pelanggan untuk membuat aduan melalui Internet manakala e-Borang pula pelanggan dapat memuat turun borang daripada portal web Majlis Bandraya Ipoh. E-Komuniti pula memberikan perkhidmatan tentang maklumat perpustakaan, dewan orang ramai, dewan bandaran, rumah pangsa, tempat letak kereta, sukan dan rekreasi, kaunter-kaunter melalui Internet.
Sebagai institusi pentadbiran tempatan, Majlis Bandaraya Ipoh telah mencapai pelbagai kemajuan serta anugerah. Antara kemajuan yang telah dicapai oleh Majlis Bandaraya Ipoh ialah Anugerah Inovasi MAMPU pada tahun 1991 yang melibatkan Bahagian Lalulintas, Jabatan Kejuruteraan yand berjaya mendapat tempat pertama dalam anugerah ini. Selain daripada anugerah ini, Majlis Bandaraya Ipoh juga telah berjaya mendapat tempat pertama dalam beberapa jenis anugerah kualiti. Antaranya ialah, Pertandingan Kebersihan Sistem Saliran Kawasan Bandaraya dan Majlis Perbandaran Di Seluruh Negara 1994 pada tahun 1994 yang melibatkan Bahagian Perkhidmatan Bandar dan Jabatan Kesihatan, Konvensyen KMK Peringkat Negeri Perak Sektor Awam Tahun 1997 pada tahun 1997 yang melibatkan Bahagian Letak Kereta, Jabatan Kewangan,
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan
Tajuk: Pemangkasan Pokok Blue Juniper Berbentuk Spring. Pada tahun 2000 yang melibatkan Jabatan Landskap dan Rekreasi, dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
Tajuk: Sistem Pendaftaran kontraktor (SysCon), Kategori: Perubahan Prosedur pada tahun 2006 yang mlibatkan Bahagian Cukai Taksiran, Jabatan Kewangan. Anugerah yang dicapai oleh Majlis Bandaraya Ipoh tidak dapat dinafikan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh telah membuat kemajuan yang baik. Tidak dilupakan juga jabatan-jabatan yang terdapat dalam MBI yang telah menyumbangkan tenaga dan peluh dalam memajukan Majlis Bandaraya Ipoh. Selain daripada itu, anugerah yang telah dicapai oleh Majlis Bandaraya Ipoh juga boleh dikonklusikan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh telah mencapai kemajuan dari pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan, kewangan, pelancongan, kebajikan dan sebagainya. Kemajuan yang dicapai oleh Majlis Bandaraya Ipoh merupakan tanda baik bahawa MBI kini akan lebih berkembang dengan maju lagi.
Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan
Tajuk: Pemangkasan Pokok Blue Juniper Berbentuk Spring. Pada tahun 2000 yang melibatkan Jabatan Landskap dan Rekreasi, dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
Tajuk: Sistem Pendaftaran kontraktor (SysCon), Kategori: Perubahan Prosedur pada tahun 2006 yang mlibatkan Bahagian Cukai Taksiran, Jabatan Kewangan. Anugerah yang dicapai oleh Majlis Bandaraya Ipoh tidak dapat dinafikan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh telah membuat kemajuan yang baik. Tidak dilupakan juga jabatan-jabatan yang terdapat dalam MBI yang telah menyumbangkan tenaga dan peluh dalam memajukan Majlis Bandaraya Ipoh. Selain daripada itu, anugerah yang telah dicapai oleh Majlis Bandaraya Ipoh juga boleh dikonklusikan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh telah mencapai kemajuan dari pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan, kewangan, pelancongan, kebajikan dan sebagainya. Kemajuan yang dicapai oleh Majlis Bandaraya Ipoh merupakan tanda baik bahawa MBI kini akan lebih berkembang dengan maju lagi.
Terdapat pelbagai jenis cabaran yang dihadapi oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh. Antara cabaran yang dihadapinya ialah tugas membaik pulih jalan yang rosak. Ini merupakan cabaran yang perlu diatasi mereka dari semasa ke semasa kerana kerosakkan jalan raya kini giat berlaku. Mereka perlu membaiki jalan-jalan tersebut dan terpaksa menerima kritikan serta aduan para pelanggan yang menghadapi masalah. Selain daripada itu, membaik pulih jalan bukannya senang yang di seperti mana rakyat sangkakan. Perancangan yang baik serta tindakan yang tidak menyusahkan para penduduk merupakan aspek yang penting dalam menjalankan kerja sebegini. Selain daripada itu, aduan daripada para pelanggan serta permintaan yang tinggi menyebabkan para pekerja yang bekerja pada sektor khidmat pelanggan berasa tercabar. Mereka terpaksa menghadapi situasi begini tiap-tiap hari. Walau bagaimanapun, sikap kebijaksaan dan kecekapan para pekerja di Majlis Bandaraya Ipoh tentu dapat mengatasinya dengan baik dengan menguntungkan kedua-dua pihak. Cabaran yang seterusnya dihadapi oleh Majlis Bandaraya Ipoh ialah ketumbangan pokok besar di sekitar tepi jalan. Mereka perlu memastikan keselamatan pengguna jalan raya terlebih dahulu supaya tiada seseorang pun tercedera dalam kemalangan tersebut. Seterusnya, mereka akan menguruskan pokok tersebut dengan beralihkannya ke dalam kereta truck yang besar supaya tidak menggangu ruang di jalan raya. Kerosakkan tiang lampu juga merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Kerosakkan tiang lampu akan membahayakan para pemandu di jalan dan kemungkinan besar berlakunya kemalangan. Ini adalah disebabkan oleh kegelapan di sepanjang jalan. Situasi ini akan menyebabkan para pemandu berasa sukar untuk memandu dalam keadaan jalan raya yang terlalu gelap lalu terjadilah kemalangan jika tidak berhati-hati.
Sumber pendapatan wang Majlis Bandaraya Ipoh pula ialah pengutipan cukai taksiran. Cukai taksiran perlu dibayar oleh para penduduk di bandaraya Ipoh kepada Majlis Bandaraya Ipoh. Daripada situ, Majlis Bandaraya Ipoh akan menggunakannya sebagi sumber kewangan mereka. Penjualan kupon meletak kereta juga merupakan suber kewangan mereka. Para pemandu perlu membeli kupon tersebut jika mereka hendak meletak kereta mereka di sesuatu tempat untuk letak kereta. Jika mereka tidak menggunakan kupon tersebut, maka, saman akan dikena. Tapak penyewaaan juga merupakan sumber kewangan mereka. Pelbagai jenis penyewaan yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Antaranya ialah penyewaan bengkel, rumah kedai, pejabat-pejabat di plaza dan pelbagai lagi tempat dan penyewaan tandas awam. Segala hasil penyewaan akan dijadikan sumber kewangan mereka. Pembayaran bil-bil yang tertentu kepada pihak Majlis Bandaya Ipoh juga merupakan antara suber kewangan mereka.
0 comments:
Post a Comment